Ads

Tuesday, February 17, 2015

Pusingan Suku Akhir FA Cup England 2014/15

Sumber Gambar : Aldershot Town FC

Pusingan ke-lima FA Cup England sudah berlalu awal pagi tadi dimana Manchester United pasukan terakhir yang berjaya menempatkan diri ke pusingan Suku Akhir.

Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Preston 3-1 hasil jaringan Herrera, Fellaini dan Rooney untuk menempah tiket untuk bertemu dengan juara bertahan FA Cup iaitu Arsenal. Dua pasukan gergasi Liga Perdana ini mara pada pusingan kelima agak diramal. Tetapi satu lagi pasukan Liga Perdana, Sunderland terkandas apabila menjadi mangsa pasukan yang sama menyingkirkan Chelsea, iaitu Bradford City yang diundi menentang Reading.

Pasukan kendalian Louis van Gaal akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal di Old Trafford, dimana Manchester United ingin menamatkan kemarau 11 tahun mereka untuk memenangi piala paling bersejarah di England itu.

Manakala Liverpool menewaskan Crystal Palace pada pusingan kelima, akan melayan kunjungan Blackburn Rovers di Anfield. Dalam perlawanan lain, Aston Villa di bawah pengurus baru Tim Sherwood akan menentang West Brom Albion

UNDIAN PENUH SUKU AKHIR FA CUP 2014/15:

Liverpool v Blackburn Rovers
Bradford City v Reading
Manchester United v Arsenal
Aston Villa v West Brom


No comments:

Post a Comment